Pertama, dakwah Rasulullah saw. saat masih berada di Makkah, telah melalui masa-masa yang sangat sulit terutama setelah Rasulullah saw diperintahkan oleh Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Makkah dan menunjukkan bahwa baginda tidak lagi bersendirian, melainkan ada pengikut yang menyertainya, setelah Allah menurunkan surat Al-Hijr: 94:
“Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tantanglah orang-orang musyrik itu.”
Setelah ayat ini turun, tepatnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah mulai dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Kabah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Makkah, dan orang-orang kafir Quraisy.
Pernah baginda sedang solat berhampiran Kabah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Muait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang sholat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Muait, sehingga baginda pingsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda saja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehingga Sumayyah meninggal dunia sebagai syahid pertama.
Setelah penganiayaan secara fisik tidak mampu menggoyahkan keteguhan para pemikul dakwah ini, maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda saw. dan para pengikutnya. Maka, terjadilah renca jahat itu selama kurang lebih tiga tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Makkah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Makkah menuju ke Habbasyah (Ethopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
Maka, orang-orang kafir juga tidak mau tinggal diam, sehinggalah mereka menyampaikan maklumat-maklumat yang keliru di luar negeri, untuk mengusir kembali kaum muslimin yang berhijrah ke sana. Orang-orang kafir tersebut berusaha untuk mengadu domba Raja Najasyi dengan kaum muslimin, yang akhirnya tidak berjaya.
Sedangkan baginda Rasulullah saw. dan beberapa sahabat masih duduk di Makkah. Natijahnya menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda saw. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, karena dakwah Islam tidak mungkin lagi disebarkan kepada orang-orang Makkah. Baginda pada masa itu mencoba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Thaqif, yang akhirnya malah baginda diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaid bin Harisah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu. Baginda, mencoba untuk masuk kembali ke Makkah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada di sana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mutim bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Makkah. Dan beliau sanggup melindungi keselamatan baginda saw. dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mutim bin Adi.
Sejak itu, baginda sering kali mendatangi kabilah-kabilah yang datang ke Makkah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya . Maka, baginda saw, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah meskipun pada masa itu tidak satu pun kabilah yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sasaah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah rasulullah, namun dengan syarat bahawa kepemimpinan setelah baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sasaah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda:
“Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepimpinan) ini merupakan wewenang Allah, yang akan Dia serahkan kepada siapa haja yang Dia kehendaki.”
Setelah jawaban itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda langsung diusir dari kemah kabilah Amru bin Sasaah. Inilah keadaan dakwah dan keteguhan baginda dan para sahabat dalam menyampaikan risalah dakwah Islam.
Setelah semua itu berlalu, Allah memberikan pertolongan dengan mempertemukan baginda saw. dengan orang-orang Aus dan Khazraj yang datang untuk menunaikan haji ke Makkah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasul untuk mengimaninya, mereka langsung menerimanya, dan setelah itulah terjadi Baiat Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehingga dakwah Islam ini sampai ke Yatsrib, (nama Madinah sebelum diubah oleh baginda saw).
Setelah rombongan Aus dan Khazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda saw. Telah mengirim Musab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Musab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Quran kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.
Dan ternyata dakwah Islam yang disampaikan oleh Musab dan orang-orang Aus dan Khazraj yang telah memeluk Islam itu berjaya merubah pendapat publik penduduk Madinah, sehingga semua orang memperkatakan tentang Islam dan dikatakan juga tidak ada satu pintu rumahpun yang tidak diketuk oleh Musab bin Umair. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.
Faktor-faktor yang mendorong Rasullullah hijrah ke Madinah:
1. Ada tanda-tanda baik pada perkembangan Islam di Yatsrib, karena:
Pada tahun 621 M telah datang 13 orang penduduk Yatsrib menemui Nabi saw di bukit Akabah. Pada tahun berikutnya, 622 M datang lagi sebanyak 73 orang Yatsrib ke Mekkah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj
2. Rencana pembunuhan Nabi saw oleh kaum Quraisy yang hasil kesepakatannya sbb:
· Mereka sangat khawatir jika Muhammad dan pengikutnya telah berkuasa di Yatsrib.
· Membunuh Nabi saw sebelum beliau ikut pindah ke Yatsrib.
3. Rencana pembunuhan Nabi saw:
· Setiap suku Quraisy mengirimkan seorang pemudah tangguh.
· Mengepung rumah Nabi saw dan akan membunuhnya saat fajar.
Rencana-rencana tersebut diketahui oleh Nabi saw dan para pemuda quraisy terkecoh. Mereka mengejar dan menjelajahi seluruh kota untuk mencari Nabi saw tetapi hasilnya nihil. Kemudian Nabi bersama pengikutnya melanjutkan perjalanannya menelusuri pantai laut merah.
Adapun substansi dan strategi dakah Rasulullah saw antara lain:
1. Membina masyarakat Islam melalui pertalian persaudaraan antara kaum Muhajjirin dengan kaum Anshar
2. Memellihara dan mempertahankan masyarakat Islam
3. Meletakkan dasar-daar politik ekonomi dan social untk masyarakat Islam
Dengan diletakannya dasar-dasar yang berkala ini masyarakat dan pemerintahan Islam dapat mewujudkan nagari “ Baldatun Thoyibatun Warabbun Ghafur “ dan Madinah disebut “ Madinatul Munawwarah ”.
Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesiapan Madinah sebagai pusat tegaknya dan pengembangan Islam, maka baginda meminta Musab untuk mengirimkan mereka ke Makkah. Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 orang terdiri dari laki-laki, dan 3 orang lainnya adalah perempuan. Mereka kemudian sampai di Makkah dan bertemu langsung dengan Nabi, menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Baiat Aqabah II. Baiat ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam dan juga merupakan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.
Kedua, hijrah Rasulullah saw. ke Madinah bukan untuk melarikan diri, atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir tetapi adalah untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33/Al-Fath: 28/As-Shaf: 9.
“Dialah yang mengutus RasulNya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, ke atas agama-agama yang lainnya.”
Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita. Tetapi dengan hijrahnya baginda saw. ke Madinah, maka sejak masa itulah negara Islam berdiri untuk yang pertama kalinya di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) semasa baginda saw. kemudian secara berterusan, wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam memasuki Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Umaiyah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.
Tetapi memandang pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah saw. ini, maka memang peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan, melainkan lebih daripada itu. Peristiwa Hijrah tersebut, justru wajib dijadikan pelajaran, bahwa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan karena pengorbanan Rasul dan para sahabat yang tidak kecil itu, pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan karena wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.
Hikmah sejarah dakwah Rasulullah saw antara lain:
1. Dengan persaudaraan yang telah dilakukan oleh kaum Muhajirin dan kaum Anshardapat memberikan rasa aman dan tentram.
2. Persatuan dan saling menghormati antar agama
3. Menumbuh-kembangkan tolong menolong antara yang kuat dan lemah, yang kaya dan miskin
4. Memahami bahwa umat Islam harus berpegang menurut aturan Allah swt
5. memahami dan menyadaribahwa kita wajib agar menjalin hubungan dengan Allah swt dan antara manusia dengan manusia
6. Kita mendapatkan warisan yang sangat menentukan keselamatan kita baik di dunia maupun di akhirat.
7. Menjadikan inspirasi dan motivasi dalam menyiarkan agama Islam
8. Terciptanya hubungan yang kondusif
Dan oleh karena itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta imbalan daripada kita. Tetapi, mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, yang jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurgaNya.
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga.” (Q.s. At-Taubah: 111)
Saat ini , ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup memberikan diri, harta dan nyawanya kepada Allah untuk mendapatkan syurga-Nya, dengan menegakkan Islam. Dan inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhya Khilafah Islamiyah, Turki Uthmaniyah, pada 3 Mei 1924. Setelah itu, negeri kaum muslimin berterusan mengalami musibah. Lihatlah bagaimana krisis Palestin, Bosnia, Filipina, Kosovo, Indonesia dan Iraq.
Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana sekiranya tanpa itu, Islam mustahil kembali berjaya diperingkat antara bangsa, seperti pada masa baginda dan para sahabat hingga 13 abad kemudian. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Dan sebaliknya. Akhir kata semoga kita termasuk di antara orang-orang yang sanggup memberikan pengorbanan yang tertinggi demi Islam, semata untuk mencari redha Allah dan syurgaNya.
Sikap dan perilaku yang mencerminkan dakwah Rasulullah saw antara lain:
1. Mengimani dengan sebenar-benarnya bahwa Muhammad saw adalah rasul dan nabi penutup para nabi
2. Mencintai Rasullulah saw
3. Mensosialisasikan sunnah Nabi saw
4. Gemar dan senang membaca buku sejarah nabi-nabi
5. Memelihara silaturahmi dengan sesama manusia
6. Berkunjung ke tanah suci Mekkah atau Madinah untuk melihat/ menapak tilas perjuangan Nabi Muhammad saw
7. Mempelajari dan memahami Al Quran dan hadis-hadisnya
8. Senantiasa berjihad dijalan Allah
9. Aktif/ikut serta dalam acara kepanitiaan untuk memperingati hari-hari besar Islam
10. Merawat dan melestarikan tempat ibadah (masjid)
11. Menekuni dan mempelajari warisan Nabi saw.
---***---
Tidak ada komentar:
Posting Komentar